Guna teknik ini kompem dapat RM12000!!!!!!!!

Thursday, 2 June 2011

Pemakanan untuk Kekurangan Berat Badan


Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?
  • Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) mengikut umur (BMI -untuk-umur) anda berada di bawah garis 5 persentil ("BMI-for-age is < 5th centile").
  • Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.
  • Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia") atau masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid).
 
kekurangan berat badan
Bagaimana hendak menaikkan berat badan?
Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memastikan bahawa anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan. Jika anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan, berat badan boleh dinaikkan dengan :
  • Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori.
  • Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
    • Cuba makan enam kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam ("supper").
    • Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat.
  • Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi.
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang. Sila rujuk Panduan Pemakanan Sihat.
  • Selalu bersenam. Senaman boleh meningkatkan selera anda.
  • Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.
  • Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik jika anda ingin mengambil diet tinggi protein atau makanan tambahan ("supplements") untuk meningkatkan berat badan anda.
Contoh menu untuk menaikkan berat badan
Sila rujuk jadual di bawah :
Contoh menu untuk menaikkan berat badan : (1600 kilokalori)
Sarapansarapan
½ cawan Cornflakes + buah yang dipotong
½ cawan Susu lemak rendah
1 keping Roti mil penuh ("wholemeal")
1 sudu kecil marjerin
1 sudu kecil jem
1 cawan Kopi / Teh dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula
Minum Pagi
1 biji kuih cucur badak
1 cawan Koko dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula
minum pagi
Makan Tengahari
1 cawan Nasi Putih
½ cawan Kailan (menumis reneh - "braised")
¼ cawan kerabu taugeh
1 senduk Kari ayam + tomato
1 potong nenas
Air Kosong
makan tengahari
minum petang
Minum Petang
1 biji kuih keria
1 cawan Kopi / Teh dengan susu rendah lemak
+ 1 sudu kecil gula
Makan Malam
1 cawan Nasi Putih
1 mangkuk Sup bayam
½ keping tauhu
1 keping saiz sederhana Terung bakar dengan sambal
1 keping Ikan kembong masak Asam pedas
Air Kosong
Minum Malam
1 cawan susu lemak rendah

Bau Badan......


Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?
  • Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau
  • Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari
 
bau badan
Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?
  • Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
  • Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan
Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?
  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi
Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?
  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?
Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:
bath
  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

My First Posting - Kenali Jerawat.............................

Akne / Jerawat
Apa itu akne?
Akne juga dikenali sebagai jerawat.
Bagaimana akne terjadi?
Akne terjadi apabila:
  • Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
  • Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang
  • Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria Propionebacterium acne)
Adakah akne disebabkan oleh beberapa makanan tertentu?
Ini merupakan satu mitos.Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.
Apakah rupa akne?
Terdapat beberapa jenis akne iaitu :
  • Bintik putih atau bintik hitam (comedones)
  • Bonjol merah yang bernanah atau tidak
  • Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut
 
jerawat
 Apakah yang menyebabkan akne semakin teruk?
Antara perkara yang boleh mengakibatkan akne semakin teruk adalah:
  • Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
  • Alat solek yang berasaskan minyak
  • Gel rambut
  • Memicit jerawat
  • Tekanan hidup
  • Mengandung
  • Ubat seperti streroidphenytoin (Dilantin) atau Lithium
Siapa yang boleh mendapat akne?
Akne boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
  • Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki
  • Kita boleh mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun
  • Jika ibu bapa anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.
Apa yang boleh saya lakukan apabila mendapat akne?
Akne yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti:
  • Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
  • 2% - 6% Sulfur dalam losen calamine
Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan?
Jika akne bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai jenis krim sepertiRetinoidsAzelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin).
Untuk akne yang sederhana.
  • Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan
  • Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan untuk remaja lelaki
Bagi akne yang teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatanIsotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist):
  • Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran. Remaja perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut
  • Mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain
Adakah akne boleh meninggalkan parut?
Akne yang ringan sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment) yang akan hilang. Pada lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali akne tersebut dicungkil atau dipicit.Akne yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di bahagian permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit.Terdapat golongan yang cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).
Bolehkan parut akne dirawat?
Selepas beberapa bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit.
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:
  • Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik digunakan untuk menggelupaskan permukaan kulit
  • Teknik laser resurfacing
  • Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin
  • Pembedahan pembetulan (Surgical repair)
  • Penggunaan kosmetik bagi menutup parut
Bolehkah saya mencegah akne?
Ya, boleh. Anda boleh menghindari atau mengawal akne melalui:
  • Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
  • Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Lebihkan minum air kosong
  • Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
  • Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi